Monday 19 December 2011

Bacalah wahai umat islam



1) Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam bersabda:

"Tidak halal bagi seorg muslim menjauhi saudaranya lebih daripada 3 hari. Kedua2nya berjumpa namun saling berpaling drpd satu sama lain. Org terbaik antara kedua2nya adalah yg terlebih dahulu mengucapkan salam."

Riwayat al-Bukhari dan Muslim drpd Abu Ayyub



2) "Dont forget to pray today, because Allah didnt forget to wake up you this morning."


3) "Pada suatu hari, ada seorang wanita meninggal dunia, dan lepas dia meninggal, 3 hari berturut-turut suaminya bermimpi si isteri menyuruhnya menggali semula kubur dan si suami pun jumpa tok imam dan minta digalikan semula kubur isterinya. Tok imam kata itu hanya mainan tidur, maklumlah isterinya baru saja meninggal. Tapi si suami menjawab ini betul-betul dan dia yakin. Mereka pun mula menggali kubur tersebut, ternyata isterinya memang benar-benar hidup. Tapi tangan dan kakinya hitam legam macam hangus dibakar. Isterinya sempat bercakap pada suaminya, saya nak abang nasihatkan wanita-wanita di dunia ni, istiqamahlah menjaga aurat, selama ni saya bertudung dan menutup aurat, tapi saya lupa kadang-kadang nampak kulit saya yang melebihi pergelangan tangan (tersingkap lengan baju) dan saya lupa memakai stokin (tutup aurat kaki). Tiga hari saya di dalam sana sama seperti 3000 tahun di dunia, cukup terseksa abang. Nasihat pada wanita-wanita di luar sana, jangan mereka anggap remeh tentang penjagaan aurat. Selepas isterinya menceritakan hal tersebut, isterinya sempat mengucap dua kalimah syahadah dan terus meninggal dunia kembali."

Wallahua'lam..


4) "Jangan bermanja pada yang tak halal!
Jangan bercerita pada yang tak amanah!
Jangan paksa pada yang tak setia!
Jangan ungkit pada yang tak menghargai!
Jangan benci pada yang tak mengerti!
Jangan berharap pada yang tak pasti!
Jangan paksa pada yang tak cinta!
Jangan cinta pada yang tak rela!"

via Pakar Diari Hati


5) "Wanita yang paling cantik adalah wanita yang tidak sedar akan kecantikan yang dimilikinya. Malah 
sentiasa menutup kecantikkan tersebut dan cuma ditayangkan kepada suaminya yang tercinta. Dia hanya memandang kecantikan suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan. Dan tidak memandang keburukan itu suatu kehodohan atau kecelaan. Dia tidak kisah rupa paras yang cantik atau hodoh kerana keduanya adalah anugerah Allah dan bersyukur atas apa yang dikurniakan kepada dirinya. Kerana dia tahu, cantik di dunia bukan jaminan untuk kelihatan cantik di akhirat."

-SolihinZubir-


6) "Apabila sesuatu mknn yang dihidangkan itu tidak disukai, tidak sdp, tidak menyelerakan, maka janganlah mknn itu dicela cukuplah skdr diam ataupun tidk mmknnya"

-Imam Al-Ghazali(dlm kitab Ihya' Ulumiddin)



Posted by Junho's :>

No comments:

Post a Comment